News

Maxis menawarkan penghantaran percuma iPhone kepada pelanggan

Back Oct 30, 2014

Menjangkakan barisan yang panjang bersempena dengan pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia, Maxis akan menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara yang akan menghantar secara peribadi jenama terbaru iPhone ini pada tepat jam 12 tengah malam kepada para pelanggannya. Beberapa ratus pelanggan terpilih yang telah membuat tempahan awal bagi iPhone 6 atau iPhone 6 Plus melalui Maxis Online Store dari 31 Oktober dan seterusnya akan ditawarkan perkhidmatan penghantaran Maxis Midnight Express™ dari jam 12 tengah malam pada 6 November ke mana sahaja mereka berada - sama ada di rumah, bersama rakan, atau sedang melancong dalam negara. Pelanggan lain yang juga telah membuat tempahan awal secara dalam talian, boleh memilih untuk mengambil peranti mereka di enam Pusat Maxis di seluruh negara, iaitu KLCC, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching, antara jam 12 tengah malam dan 4 pagi pada 6 November. Selepas waktu ini, peranti-peranti ini boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners - MEP) di seluruh negara.

Harga iPhone 6 bermula dari RM659, manakala iPhone 6 Plus boleh didapati dari RM999, dengan pelan iValue 3 dan kontrak selama 24 bulan.

"iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pastinya dua peranti yang paling popular yang akan dilancarkan tahun ini dan Maxis menyediakan pengalaman terbaik hujung-ke-akhir yang merangkumi pembelian, pemilikan dan penggunaan bagi mereka yang ingin membeli atau menaiktaraf telefon pintar mereka. Pelanggan iPhone Maxis bukan sahaja dapat memaksimumkan ciri-ciri canggih telefon ini pada rangkaian 4G LTE yang terpantas dan terluas di Malaysia, mereka juga akan dapat menikmatinya dengan Pelan MaxisONE kami buat kali pertama, selain pelan iValue yang mampu dimiliki. Kami memahami betapa pentingnya pelanggan mendapatkan peranti-peranti yang amat diingini ini secepat mungkin. Dengan perkhidmatan penghantaran Maxis Midnight Express™ dan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi di Pusat Maxis kami, pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu dengan lama."

"Kami telah mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga laman web kami telah mengalami trafik yang sangat tinggi apabila kami membuka tempahan awal pada tepat jam 12 tengah malam. Pasukan Maxis sedang bekerja keras untuk memastikan bahawa pelanggan kami dapat membuat tempahan awal telefon mereka secepat mungkin," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Di bawah adalah harga (RM) dan butiran bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus:

  MaxisONE Plan** iValue Simple* iValue 1 iValue 2 iValue 3
Yuran Bulanan RM158 RM50 RM100 RM155 RM250
Masa Bercakap dalam Minit (rangkaian sama) Tanpa Had n/a 1000 1000 1000
Masa Bercakap dalam Minit (mana-mana rangkaian) Tanpa Had 200 333 667 1500
SMS Tanpa Had
(mana-mana rangkaian)
n/a 1000
(rangkaian sama)
1000
(rangkaian sama)
1000
(rangkaian sama)
MMS (rangkaian sama) n/a n/a 20 40 60
Data 3GB 1GB 2GB 4GB 6GB
           
iPhone 6 16GB
12 bulan n/a 2,249 1,859 1,699 1,409
24 bulan 1,389 n/a 1,559 1,229 659
iPhone 6 64GB
12 bulan n/a 2,579 2,199 2,029 1,749
24 bulan 1,729 n/a 1,889 1,559 999
iPhone 6 128GB
12 bulan n/a 2,919 2,529 2,229 2,079
24 bulan 2,059 n/a 2,229 1,889 1,329
iPhone 6 Plus 16GB
12 bulan n/a 2,579 2,199 2,029 1,749
24 bulan 1,729 n/a 1,889 1,559 999
iPhone 6 Plus 64GB
12 bulan n/a 2,919 2,529 2,369 2,079
24 bulan 2,059 n/a 2,229 1,889 1,329
iPhone 6 Plus 128GB
12 bulan n/a 3,249 2,869 2,699 2,419
24 bulan 2,399 n/a 2,559 2,229 1,669

* iValue Simple adalah sah bagi kontrak 12 bulan sahaja
** Pelan MaxisONE adalah sah bagi kontrak 24 bulan sahaja

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus adalah kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone, menampilkan dua model baru dengan paparan Retina HD 4.7 inci dan 5.5 inci yang menakjubkan, dan penuh dengan teknologi inovatif dalam rekabentuk nipis serba baru yang lancar dan dramatik yang masih selesa untuk dipegang dan mudah untuk digunakan. Kedua-dua model adalah lebih baik dari semua aspek dan ini termasuk: chip A8 yand direkabentuk oleh Apple dengan seni bina berkelas-desktop 64-bit generasi kedua untuk prestasi yang sangat pantas dan kecekapan tenaga; kamera HD canggih iSight dan FaceTime; dan teknologi tanpa wayar ultra-pantas.

iPhone baru termasuk iOS 8, pelancaran terbesar sejak App Store, yang menawarkan pengalaman pengguna yang lebih mudah, cepat dan intuitif dengan ciri-ciri Mesej dan Foto baru, ramalan penaipan (predictive typing) untuk papan kekunci QuickType Apple dan Family Sharing. iOS 8 juga termasuk aplikasi Kesihatan baru, memberi anda gambaran yang jelas mengenai data kesihatan dan kecergasan dan iCloud Drive, dimana anda boleh menyimpan fail-fail dan mengaksesnya dari mana-mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan kadar Maxis bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, sila layari www.maxis.com.my/iphone.