News
Peluang terakhir untuk mendapatkan pas ke konsert One Direction dengan peraduan Bus-Away Hotlink!
Para pelanggan Hotlink dan peminat kumpulan pop dari Britain, One Direction, masih ada peluang untuk memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan salah satu daripada kumpulan muzik yang paling popular di dunia, secara langsung! Hotlink akan memberi sepasang pas kepada 16 pemenang, dan Februari ini merupakan bulan terakhir untuk merebut empat pasang pas yang terakhir. Peraduan Bus-Away One Direction, yang dibuka sejak 18 November 2014, akan berakhir pada 27 Februari 2015.
Peraduan ini memberikan pelanggan peluang untuk memenangi sepasang pas untuk menyaksikan konsert kumpulan ini secara langsung di "On The Road Again Tour" mereka di Stadium Nasional Singapura pada 11 Mac 2015, bersempena dengan pelancaran album terbaru mereka "FOUR". Pemenang peraduan ini akan dipandu ke konsert One Direction di Singapura dalam sebuah bas yang direka khas.
Untuk menyertai peraduan Bus-Away One Direction, para pelanggan hanya perlu:
- Mereka sepanduk (signage) konsert One Direction yang paling kreatif. Pelanggan mempunyai pilihan untuk menggunakan bakat seni masing-masing dengan menggunakan peranti mudah alih atau komputer untuk mereka sepanduk
- Kongsikan melalui Twitter, Instagram atau Facebook dan gunakan hashtag #livelifeloud #thereisonlyonedirection. Pelanggan harus memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke 'public' untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan
- Akses Hotlink RED App dan klik 'Feedback'. Dibawah 'Category', pilih 'Live.Life.Loud'
- Letakkan pautan (link) gambar mereka dalam 'Message' untuk menang.
Mereka boleh mencari contoh-contoh di #livelifeloud dalam Instagram atau Twitter.
Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis, Perniagaan Pengguna berkata, "Hotlink membawa pengalaman-pengalaman muzik yang terbaik kepada pelanggan kami, dan kami gembira bahawa ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peraduan Bus-Away ini adalah satu lagi contoh jenis ganjaran dan manfaat para pelanggan kami boleh nikmati apabila mereka mengakses dunia #LiveLifeLoud melalui Hotlink RED App. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelanggan kami pada bulan ini dan berharap pengalaman ini akan menjadi satu kenangan manis bagi semua pemenang!"
Hotlink RED App, yang telah dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu, merupakan aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan. Dengan memuat turun aplikasi ini, pelanggan Hotlink akan menikmati akses automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun, termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.
Hotlink RED App boleh dimuat turun di Google Play bagi pengguna Android, dan di App Store bagi pengguna iOS. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Bus-Away One Direction, sila layari http://www.hotlink.com.my/en/livelifeloud/lll.html