News

Rakyat Malaysia berkongsi cerita di sebalik nama mereka melalui kempen #thisismyname Maxis

Back Feb 16, 2015

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, kita berpeluang mengalami budaya yang berbeza di dalam persekitaran yang terikat. Dengan cara yang paling jelas, kita dapat menghayati pelbagai bahasa yang mengelilingi kita. Tahun ini, Maxis meraikan Tahun Baru Cina dengan sentuhan baru menemui semula makna sebenar nama yang diberikan kepada anda, dengan berkongsi sebuah filem YouTube pendek bertajuk '#thisismyname' melalui media sosial. Video itu membawa kita melalui satu perjalanan dimana, di belakang setiap nama, terdapat makna bersama cerita yang boleh dibanggakan. Untuk menyaksikan filem tersebut, klik di sini: http://youtu.be/JpopjtwJHE0

Ia boleh dikatakan bahawa nama seseorang boleh mempengaruhi personaliti mereka; apakah makna di sebalik nama anda? Rakyat Malaysia juga boleh berkongsi mereka di laman Facebook Maxis. Mereka hanya perlu menyertakan hashtag #thisismyname.

"Kita jarang meletakkan kepentingan terhadap pengertian nama kita dan bagaimana ia memainkan peranan dalam kehidupan kita, oleh itu kempen ini berhasrat untuk mengingatkan kita dan menyalakan semula makna yang signifikan itu. Seperti nama-nama lain, nama Cina mempunyai makna yang mendalam, jadi kami mahu mengambil peluang Tahun Baru Cina ini untuk memberi ruang kepada orang ramai untuk berkongsi kisah mereka di media sosial, dan mencari semula asal usul nama-nama mereka. Kami telah melihat pelbagai perbualan dan perkongsian di laman Facebook dan saluran YouTube kami, dan ini adalah satu perkara yang amat baik," kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran di Maxis.