News

Hotlink meraikan Tahun Baru Cina bersama para pelanggan Sarawak dengan pelbagai ganjaran menarik

Back Mar 16, 2015

Para pelanggan Hotlink di Sarawak dan Sabah telah menikmati perayaan yang meriah dimana mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang telah mengambil tempat di kedua-dua negeri tersebut.

Di Kuching, Hotlink menganjurkan peraduan radio bersama dengan MY FM, dimana para pelanggan perlu berkongsi slogan kreatif yang menerangkan mengapa mereka harus dipilih untuk memenangi 'ang pow' bernilai RM888 atau lawatan istimewa dari kru Kongsi Huat Hotlink dan MY FM ke rumah mereka.

Peraduan tersebut, yang telah berlangsung dari 4 hingga 16 Februari, menyaksikan lima pemenang menerima hadiah 'ang pow' yang bernilai RM888 dan lima lagi memenangi lawatan peribadi dari Hotlink dan MY FM, dimana mereka telah menerima hamper, 'ang pow' dan beg hadiah dari Hotlink, serta menikmati persembahan tarian singa.

Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis berkata, "Untuk sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami ingin membuatkannya lebih istimewa bagi pelanggan kami di Sarawak dengan bekerjasama dengan MY FM untuk peraduan ini. Ia telah mendapat sambutan yang sangat baik dan reaksi yang amat positif dari para pemenang! Bagi pihak Hotlink, kami juga gembira kerana dapat berkongsi pengalaman istimewa ini bersama mereka."

Sambutan Tahun Baru Cina di Kota Kinabalu turut meriah, di mana kira-kira 8,000 penduduk Sabah telah mengunjungi pameran bergerak (roadshow) tahunan Tahun Baru Cina Hotlink di KK Plaza, yang telah berlangsung pada 17 Februari, dan penuh dengan aktiviti-aktiviti dan persembahan menarik.