News

Maxis Menyuarakan Sokongan Bagi Kadar Yang Lebih Mampu Dimiliki

Back May 22, 2015

Maxis menyuarakan sokongannya dalam memenuhi komitmen yang dibuat sebelum ini bagi kadar lebih mampu dimiliki sebagai tanda sokongan kepada seruan Dato' Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi SKMM untuk tindakan yang lebih cepat petang semalam.

"Harga jalur lebar prabayar kami telah dikurangkan sebanyak 50% dimana pelanggan boleh membeli Pek SIM Pelan Tablet Hotlink pada hanya RM30 dan bukannya RM60. Ia ditawarkan dengan data 1GB PERCUMA pada tempoh sah yang lebih lama dan setiap data tambahan sebanyak 1GB telah dikurangkan kepada RM25. Dan untuk menikmati nilai lebih pada harga yang mampu dimiliki, kami memperkenalkan data tambahan sebanyak 2GB pada hanya RM45. Untuk meningkatkan lagi pelan ini bagi golongan pelajar, Maxis akan menyediakan akses WiFi percuma di kampus-kampus Universiti," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna, Maxis Berhad.