News

Maxis Melancarkan Operasi Penghantaran Telefon Terbesar Di Malaysia Mulai Tengah Malam

Back Oct 16, 2015

Hari ini, Maxis memulakan operasi penghantaran telefon terbesar selama satu hari di Malaysia. Maxis menjanjikan setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus bahawa mereka akan menerima telefon mereka dalam masa 24 jam selepas pelancaran - tidak kira di mana mereka berada di Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada janji Ekspres 24 Jam Maxis pada tahun ini. Secara keseluruhan, lebih 1,000 telefon akan dipenuhi diantara jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam, 16 Oktober. Para pelanggan yang memilih penghantaran Ekspres juga membuat keputusan untuk mencabar janji di "mana sahaja di Malaysia" Maxis- penghantaran tahun ini telah diminta dari satu bot di perairan Langkawi, di kawasan pedalaman di Sabah dan di Cameron Highlands, dan tempat-tempat lain.

Dalam perjalanan untuk menyampaikan iPhone kepada seorang pelanggan di Pudu adalah Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Joe Chia, pereka fesyen yang paling berpengaruh di Asia pada tahun 2014, merupakan peminat besar iPhone dan tidak sabar untuk mendapatkan model terbaru. Oleh itu, beliau memilih perkhidmatan penghantaran percuma, dan terkejut apabila Dushyan sendiri berdiri di pintu bengkel pakaian beliau yang terletak di kawasan Pudu. Lihat apa yang berlaku di sini.

"Saya tidak pernah menjangka mereka akan menghantar telefon saya tengah malam ini. Ini benar-benar pengalaman iPhone yang terbaik. Terima kasih Maxis! "

"Tidak ada perasaan yang lebih memuaskan apabila iPhone anda dapat terus dihantar ke rumah, dan dengan pantas. Bagi kami, ia bukan hanya tentang kepantasan penghantaran tetapi pengalaman pelanggan setiap kali kami berinteraksi dengan mereka, dan itu termasuk mempunyai pengalaman 4G yang terbaik dengan telefon ikonik ini," kata Dushyan.

Para pelanggan juga diberi pilihan untuk mengutip telefon mereka sendiri melalui perkhidmatan Koleksi Ekspres di mana-mana 40 Pusat Maxis di seluruh negara, dengan janji pemenuhan dalam masa 24 jam.

Mohd Nazrul Abdul Muttalib amat teruja apabila beliau menjadi pelanggan Maxis yang pertama untuk mendapatkan iPhone 6s beliau dari Pusat Maxis KLCC dalam masa 3 minit sahaja.

"Saya agak letih tetapi berasa amat teruja kerana saya akhirnya mendapat iPhone 6s Plus saya, dan saya mendapatnya dalam warna rose gold yang baru!" kata Nazrul.

Tahun ini, pelanggan yang terlepas peluang untuk membuat tempahan awal boleh menyemak stok yang sedia ada melalui RealView, penyemak stok telefon dalam kedai (in-store), di laman web Maxis, yang merupakan satu perkhidmatan pertama seumpamanya yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Di sini, pelanggan boleh mencari model telefon/warna pilihan mereka, dimana maklumat stok dikemaskini setiap jam. Ini akan membantu pelanggan mencari Pusat Maxis yang terdekat dimana model telefon/warna pilihan boleh didapati dan tidak membazir masa mencari telefon mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menggunakan RealView, lihat videonya di sini!

Untuk menyemak status penghantaran Penghantaran Ekspres 24 Jam Maxis, klik di sini www.maxis.com.my/maxisexpress. Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone dengan Maxis, sila layari www.maxis.com.my/iphone6s.

Dushyan (left) presenting the new iPhone 6s to Joe Chia (right), during the 24 Hour Maxis Express Delivery.
Dushyan (left) presenting the new iPhone 6s to Joe Chia (right), during the 24 Hour Maxis Express Delivery.

Mohd Nazrul Abdul Muttalib (left) was the first Maxis customer to collect his iPhone 6s Plus at the KLCC Maxis Centre at midnight.
Mohd Nazrul Abdul Muttalib (left) was the first Maxis customer to collect his iPhone 6s Plus at the KLCC Maxis Centre at midnight.

Mohd Nazrul, the first Maxis customer to collect his phone (left) with Tan Lay Han, Maxis’ Head of Sales & Services (right) during the iPhone 6s launch at the KLCC Maxis Centre.
Mohd Nazrul, the first Maxis customer to collect his phone (left) with Tan Lay Han, Maxis’ Head of Sales & Services (right) during the iPhone 6s launch at the KLCC Maxis Centre.

The first few customers who collected their new iPhones at the KLCC Maxis Centre. Together with them is Tan Lay Han (right).
The first few customers who collected their new iPhones at the KLCC Maxis Centre. Together with them is Tan Lay Han (right).