News
Maxis Memperkenalkan Hotlink FAST untuk Generasi Internet Yang Ingin 'Buat Apa Sahaja Dengan Lebih Pantas'
Internet telah mengubah segala-galanya, dan hari ini ia amat penting bagi para pengguna untuk dihubungkan dengan serta-merta dan menikmati kelajuan yang pantas. Ini adalah benar terutamanya bagi golongan Millennials, atau 'Generation Flux' - iaitu mereka yang menganggap kepantasan sebagai satu perkara biasa.
Memahami kehendak generasi celik Internet ini, Hotlink telah memperkenalkan Hotlink FAST, satu proposisi prabayar baru yang direka untuk pengguna 4G yang menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan Pas Internet Pantas untuk pelayaran Internet yang konsisten dan pantas dengan kelajuan 20Mbps (di dalam dan di luar, 80% setiap masa) melalui rangkaian 4G No. 1 di Malaysia. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran Internet terbaik dengan Internet tambahan pada harga serendah RM12 setiap 1GB. Para pengguna juga dapat menikmati satu kadar rata yang rendah untuk panggilan dan SMS ke SEMUA rangkaian.
"Hotlink FAST telah dicipta khas bagi golongan Millenials. Apabila kami membangunkan produk ini, ia adalah penting bahawa kami memahami kehendak mereka - mereka telah dilahirkan ke dalam dunia di mana internet yang pantas adalah sesuatu yang normal. Malah, kepantasan satu-satunya perkara yang mereka inginkan. Oleh itu Hotlink FAST, dengan manfaatnya iaitu internet berkelajuan tinggi pada nilai yang baik dan disokong oleh rangkaian 4G yang unggul, merupakan pelan yang terbaik untuk pengguna 4G untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan, dengan lebih pantas," kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.
Faedah-faedah Hotlink FAST
Pek permulaan Hotlink FAST berharga RM15 dan ditawarkan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, pra-muat Internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB dan menawarkan pelanggan:
- Pas Internet Pantas, yang membolehkan pelanggan melayari Internet pada kelajuan sehingga 20Mbps (di dalam dan di luar, 80% setiap masa) pada mana-mana peranti berkeupayaan 4G LTE Dengan Pas ini, pelanggan akan mendapat:
- Tambahan Internet yang pantas apabila kuota berkurangan untuk hanya RM12 setiap 1GB
- Tiada penimbalan (zero buffering) di YouTube HD, 96% setiap masa
- Kadar panggilan & SMS yang rendah sebanyak 6 sen setiap 30 saat dan 1 sen setiap SMS kepada rakan-rakan dan keluarga dengan Activ10
Pass | Kuota Semua Rangkaian | Kuota 4G/LTE | Harga |
2GB for 30 days | 1GB | 1GB | RM30 |
4GB for 30 days | 2GB | 2GB | RM48 |
500MB for 7 days | 250MB | 250MB | RM10 |
* Kuota 4G hanya digunakan bagi penggunaan Internet dalam rangkaian 4G. Apabila pengguna keluar dari kawasan liputan 4G, kuota standard akan digunakan.
Untuk mendapatkan Hotlink FAST baru ini, pelanggan hanya perlu melawat pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink FAST boleh berbuat demikian melalui Aplikasi RED Hotlink. Mereka hanya perlu pergi ke 'My Account' dan memilih 'Change' di sebelah 'Rateplan'. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST, lawati www.hotlink.com.my.