News

Maxis Membawa Kegembiraan Deepavali Kepada Belia MySkills

Back Dec 08, 2015

Sempena perayaan Deepavali baru-baru ini, lebih dari 80 kakitangan Maxis telah mengunjungi MySkills Youth Hostel di Pandamaran, Klang untuk membantu menerangi hidup 120 belia India. Lawatan tersebut merupakan satu pengalaman yang berharga kepada semua yang terlibat.

Berikutan kerjasama Hotlink dengan MySkills dan THR Raaga baru-baru ini untuk kempen #MySecondChance, kakitangan Maxis telah bergabung tenaga dengan MySkills Foundation, sebuah NGO yang membantu belia masyarakat India yang kurang bernasib baik mencapai kejayaan peribadi dan sosial melalui latihan dan kemahiran vokasional.

Maxis telah menganjurkan program selama sehari bersama para penduduk MySkills, dimana sukarelawan telah memberi lapisan cat baru untuk 32 rumah pangsa yang terletak di dua blok, melapisi gelanggang futsal dan juga menanam taman sayur-sayuran bagi para penduduk untuk dituai. Bakat-bakat memasak juga tidak berkurangan! Hidangan tengah hari telah disediakan oleh kedua-dua kakitangan MySkills dan beberapa 'chef' berbakat dari Maxis yang menyediakan hidangan seperti nasi beriani, kambing kurma dan ayam kepada semua yang terlibat dengan program itu pada hari tersebut.

Sebelum ini, Hotlink telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memainkan peranan dalam memberi peluang kedua menerusi kempen #MySecondChance sempena perayaan Deepavali. Bagi setiap perkongsian video ini www.youtube.com/watch?v=m_rWtEdivPY, Hotlink berikrar untuk menderma ke arah MySkills Foundation. Hotlink telah menyumbang sebanyak RM10,000 hasil daripada video ini yang telah dikongsi lebih seribu kali.

"Kami amat terharu dengan sambutan daripada orang ramai terhadap kempen ini dan amat gembira bahawa video tersebut telah tersebar luas. Ia juga merupakan cara kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan platform digital untuk mengamalkan kebajikan. Kempen ini mendorong sukarelawan Maxis untuk mendedikasikan masa mereka dengan belia MySkills dan kami amat berbangga dengan mereka!," kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

"Para sukarelawan Maxis telah menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi. Mereka mengecat, menanam, memasak, dan mereka melakukannya secara ikhlas bagi anak-anak kami. Saya melihat senyuman di wajah mereka. Kami berterima kasih kepada para sukarelawan yang telah mencuba untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini dan mewujudkan hubungan yang bermakna dengan mereka," kata S. Malar, Pengarah Eksekutif MySkills Foundation.

Ia amat mengharukan untuk melihat semua warga Maxis dan MySkills berkerjasama dengan penuh semangat dalam memberi semangat kepada pemuda-pemuda ini, dan Maxis memuji MySkills Foundation diatas dedikasi mereka.

MySkills Youth Activities

MySkills Youth Activities