News

Projek Kongsi Home Maxis; Inisiatif Amal Membeli-belah Dalam Talian Sempena Tahun Baru Cina

Back Jan 26, 2016

Menurut penerbit pemahaman e-dagang eCommerceMILO, terdapat kira-kira 7 juta pembeli dalam talian di Malaysia. Sempena Tahun Baru Cina tahun ini, Projek Kongsi Home Maxis bekerjasama dengan destinasi membeli-belah dalam talian terkemuka dan EPIC Homes untuk menyumbang dan membina rumah bagi keluarga yang memerlukan ala "crowdfund".

Untuk berkongsi membina rumah, pengguna hanya perlu melawat laman rakan kerjasama Lazada, Zalora, Gem Five, Rakuten dan HappyFresh mulai sekarang hingga 31 Mac 2016. Pengguna perlu mencari dan membeli produk yang diletakkan di bawah logo "Kongsi Home". Setiap pembelian produk akan menyumbang bahan binaan bernilai RM8 kepada projek pembinaan rumah untuk komuniti oleh EPIC Homes. (Lihat projek mereka yang terdahulu https://www.epichome.org/portfolios )

Kongsi-A-Home!

Kongsi-A-Home!

"Sesetengah daripada kita seringkali menganggap masalah utama mengenai isu perumahan untuk mereka yang memerlukan, sebagai satu isu besar dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, kami di Maxis percaya Internet telah menyediakan langkah pertama yang penting dan mudah untuk kita bersatu dan membuat perubahan. Bayangkan jika 5% daripada 7 juta rakyat Malaysia yang membeli-belah dalam talian menyumbang RM8 setiap seorang kepada Projek Kongsi Home, kita boleh menyumbang bahan binaan bagi membina rumah baru untuk 50 buah keluarga. Jika Tahun Baru Cina adalah mengenai kekeluargaan, maka Projek Kongsi Home pula mengingatkan kita untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan kerana mereka juga adalah ahli keluarga besar kita," menurut Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran, Maxis.

Kongsi-A-Home!

"Ini adalah satu langkah besar ke arah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat bandar, dan ianya adalah tentang keperluan, budaya dan gaya hidup mereka yang berada di kawasan luar bandar. Apabila kita dapat mencapai matlamat untuk membina rumah-rumah bagi setiap keluarga di negara ini, anda akan tahu bahawa sumbangan kecil anda adalah sebahagian daripada sesuatu yang besar. Dan saya percaya yang ia juga akan mengubah hidup anda," kata John-son Oei, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas, EPIC Homes. Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Projek Kongsi Home, bagaimana anda boleh membuat sumbangan atau peluang kesukarelaan untuk membina rumah menerusi EPIC Homes, saksikan video kami di https://www.youtube.com/watch?v=IlGdQ01JiyI atau layari www.maxis.com.my/kongsihome.

Kongsi-A-Home!

 

Kongsi-A-Home!