News

Maxis bantu mangsa banjir jadikan periuk pemanas air sebagai pengecas telefon

Back Mar 22, 2016

Jika anda fikir mendidihkan air pada dapur gas konvensional hanya baik untuk membuat secawan kopi atau teh, cuba anda fikirkan lagi.

Bagaimana jika periuk pemanas air anda mampu bertindak sebagai pengecas telefon sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik sementara? Bagi penduduk Kampung Tabaekang dan Kampung Slabi di Serian, Sarawak, yang mengalami gangguan bekalan elektrik sementara akibat banjir baru-baru ini, mereka dapat berbuat demikian.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu penduduk tempatan, Maxis telah melawat keluarga-keluarga yang terlibat untuk mengagihkan 100 kotak bekalan untuk mangsa banjir, termasuk Maxis S.O.S Power Pot, iaitu satu peranti mudah alih yang menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik. Ini membolehkan pengguna untuk mengecas telefon mereka sambil memanaskan air dengan hanya menyambungkan kabel USB ke periuk.

Maxis S.O.S Powerpot

Dengan menggunakan peranti inovatif ini, penduduk dapat terus berhubung dan berkomunikasi dengan pasukan mencari dan menyelamat, termasuklah dengan orang tersayang yang berada di luar kawasan bencana banjir.

"Telefon mudah alih sudah menjadi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian terutamanya apabila dalam keadaan kecemasan. Oleh itu, teknologi seperti Maxis S.O.S Power Pot mampu segalanya. Kami amat berbesar hati kerana dapat meringankan beban keluarga ini, sentiasa memastikan mereka terhubung dan mambuat panggilan kecemasan, terutamanya dalam situasi seperti ini," kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Untuk melihat apa yang berlaku di Serian, saksikan video ini: https://youtu.be/KESPW6MKttI